Robustness
"Manusia akan mati bila-bila masa, tetapi tulisan boleh kekal selama-lamanya.. Maka tulislah perkataan yang boleh menggembirakan kita di akhirat kelak." Al-Habib umar bin Hafiz.
Monday, 7 April 2014
Blind Author
It was so sweet of you.
Tq for the comforting word.
Im Really appreciate it.
But, it would be better if you can pray for me to help me in this struggle.
I love u.
Wednesday, 8 January 2014
Be grateful.
Ya Allah. Jadikan aku hambamu yang sentiasa redha n syukur atas segala nikmat yang telah kau berikan percuma.
Sihat. Umur, kelapangan, suami, keluarga, kawan2 y baik...
Jangan kau biarkan aku terus taksub dalam mwnghitung kurangnya dia.
Jadikan aku hamba mu yang kau sayang.
Ada ketika kau berikan sesuatu yang aku x mampu tanggung, maka kau uruskan lah ya Allah.
Ada ketika kau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak suka, maka berikan aku kekuatan dalam hadapinya.
Ada ketika ujian yang yang kau datangkan melalui orang yang amat aku cintai, maka tambahkan lah aku kesabaran ya Allah.
Cintai aku, kasihi aku. Dan lindungi aku dari resah gelisah.
Monday, 4 June 2012
Kembara
Mustahil diterjah tanpa persiapan diri..
"The minute I stopped trying to find the right person, and started trying to become the right person...
The right person came along."
Find Allah first, and he'll find u..
=)
Sunday, 3 June 2012
Saham Dunia & Saham Akhirat
Semua orang mesti sgt teruja nak wat kerja sekiranya dapat pulangan y lumayan kan? hehe. fyi: orang y suka menulis ni sgt untonggggg maaa.... pendekkan cerita, teruja nk share pasal bengkel 2hari bersama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).orang yang suka menulis mesti sgt teruja bila citer ada saham y akan diterima. bukan saje dapat saham kat dunia.. tapi yang lebih penting kita akan dapat saham untuk akhirat juga.. untonggg berganda-ganda bukan.
Jangan susahkan apa ya mudah, dan jangan terlalu ambil mudah apa y mudah.. berpadalah.. bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri. Jangan paksa diri tulis sesuatu y kite sendiri x mampu nak paham ataupun kita sendiri x minat. Menulis biarlah datang dari hati. Begini lebih indah bukan.
Pendekkan cerita, ni sekadar cadangan. Bagi yang minat novel, buatlah novel cintan cintun.. Bagi yang suka memasak, buatlah buku pasal tips memasak atau tips di dapur. Bagi yang suka buat kajian, tulislah buku tentang penemuan2 baru yang di dapati. Bagi yang suka melancong, boleh bagi tips melancong. Bagi yang pakar berbelanja, boleh tulis buku tentang cara2 berbelanja. Apa-apa saja yang korang minat, maka kongsilah. Tak perlu tebal2, kita bukan nak selesaikan masalah negara pun..hehehehe. Lepas tu, hantar lah buku kemana2 yang kita rasa mampu terima buku kita. Cuba nasib lah, salah satunya ialah DBP.
DBP menawarkan beberapa insentif kepada penulis2 buka. x kesahlah buku ilmiah ataupun buku umum..
BUKU ILMIAH ni cam buku2 teks kite kat guna sekolah ataupun kat universiti. Jenis buku ni memang kategori skim cepat kaya.. xpercaya? sat lagi cek ajar hangpa semua kira keuntungan berganda2.. hehe..sabar keh..
Manakala BUKU UMUM ni plak ialah selain dari Buku Ilmiah..hehe.. cam penin kan? mudah je.. buku umum ni boleh jadi pape.. boleh jadi buku motivasi, buku agama, buku cinta aka novel, dan macam2 lagi..
Jujur cakap nak menulis ni teramat lah payah. If xpercaya, cubalah dulu.. tapi orang2 DBP ni bagus, dyorang byk bagi smgt supaya kita berani untuk cabar diri sendiri..
Confucius said "A journey of a thousand miles begins with a single step."
Sarah cakap "Sebiji buku bermula dengan halaman pertama." hehehe.
x sabar nk story mory pasal insentif ni..
- Wang Galakan ~ wang galakan berjumlah RM1k ni untuk setiap penulis seandainya manuskrip kita telah lulus. (kira ok lah ni dapat topup balik duet ink & papers)
- Royalti ~ x cukup lagi kan, lepas je buku kite siap dicetak dgn jumlah y tertentu.. kite akan dapat bayaran yang dipanggil royalti. Jumlah royalti berbeza mengikut jenis buku (buku ilmiah/ buku umum)
- Bayaran 50% dari royalti ~ setelah buku diterbitkan sekalipun belum dimasukkan ke dalam mana store buku seluruh Malaysia, kita akan terima separuh dari jumlah royalti. Manakala separuh lagi akan diterima pada setiap hujung tahun berdasarkan jualan.
- Buku Ilmiah = 20 % dari jumlah cetakan.
- Buku Umum = 12 % dari jumlah cetakan
- Peratus royalti ni berbeza disebabkan oleh tahap pasaran sesebuah buku tu.. buku ilmiah ni payah nk jual, so peratus dia agak besaw sikit lah. if nk cepat kaya, sila terbitkan buku ilmiah.. laris sebab memang student akan guna di sekolah2 seluruh malaysia ni.
- Cuba bayangkan setahun 100 000 buah buku dicetak.
- Jumlah royalti = 20 % x 100 000 buah buku = RM 20000 x RM 5 senaskhah = RM 100 000 setahun.
- Kemudahan Pendahuluan Royalti ~ kemudahan ni untuk mane penulis yang nak guna duet secara tiba-tiba. If tetiba nk kawen pun boleh mintak advance sebanyak 30%.
- Potongan Harga Buku ~ mana2 penulis akan terima diskaun untuk beli buku sbyk 30 %.
- Cetak Baharu
- New Edition ~ tambah lagi 30% (agreement baru, royalti juga baru)
- Naskhah hadiah ikhlas
- Hadiah pengiktirafan
Nota Kaki: Sebenarnya rezeki Allah ni luas, tapi kena lah sentiasa berusaha cari lorong2 rezeki tu. Setiap usaha mesti ada hasilnya. Mana2 yang masih belum bekerja tu, di cadangkan korang wat mende ni.. Tulislah apa sahaja yang korang minat asalkan korang memang expert tentang perkara yang ditulis. Insyallah, hasil dia x datang sekelip mata.. janji usaha tu x putus.. Modal untuk mulakan semua ni juga murah..=)
Good Luck u'ols! Mari menulis.

